Followers

Saturday, October 27, 2012

Bersegera menuju masjid





Rasulullah S.A.W bersabda :


 "Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan saf pertama, kemudian tidaklah mereka bisa mendapatnya kecuali dengan berundi, pasti mereka berundi. Dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju ke masjid, nescaya mereka akan berlomba-lomba. Dan seandainya mereka mengetahui keutamaan solat Isya dan Subuh ( dengan berjemaah), nescaya mereka akan datang walaupun dengan merangkak," (Muttafaq'alaih)

HR.Al-Bukhari ( no.615)
HR.Muslim (no.437)

P/s : Imam al-Nawawi berkata : " At-Tahjiir adalah bersegera menuju solat."


Tuesday, October 23, 2012

untuk renungan bersama2 rakan di akhir sisa2 semester 5 ini...


"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"

Jika ada yang masih berkata..

"Kau ustaz/ustazah ke nak tegur-tegur aku?"
"macam kau maksum je nak ceramah aku!"
"tak payah nak bajet alim la bagi hadis, ayat Quran sume ni kat aku.."

Senyumlah dan jawab..

Mungkin aku bukan orang yang paling layak untuk memberi teguran terhadapmu namun aku hanya menurut perintah Allah dan sekurang-kurangnya aku telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawabku sebagai sahabatmu :)


Nabi Muhammad saw. juga telah memerintahkan kita untuk selalu bersikap rendah hati. Dalam sebuah hadits beliau bersabda :

إِنَّ اللهَ أَوْحَى ِإلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوْا حَتَّى لاَ يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلاَ يَبْغَى أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ

Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar kalian bertawadhu‘, sehingga tak seorang pun menyombongkan diri kepada yang lain, atau seseorang tiada menganiaya kepada yang lainnya. (HR Muslim)

Thursday, October 11, 2012

Bersama ulama..


Assalamualaikum...

Kenagan bersama HABIB ALI ZAINAL ABIDIN semasa beliau di jemput ke Universiti Malaysia Pahang sempena UMP BERSELAWAT pada 11 oktober 2012, hari Khamis..


sebelum beliau pulang sempat lagi bergambar dan meminta beliau mendoakan kami agar mendapat kejayaan dalam menghadapi final exam minggu hadapan, namun beliau menyuru kami membaca Surah Al-Insyirah dan tangan diletakan di dada sebelum menjawab soalan exam..


Akhirnya dapat juga berjumpa dan sungguh tenang hati ini dapat bersalaman dan bercakap ngn beliau, amat mengkagumkan sifat beliau, dan cara percakapan beliau yang lemah lembut dan sopan santun..

x tahu bila lagi dapat berjumpa dengan beliau..



syukran Ya Allah..



 Surah Al-Insyirah :




Saturday, February 18, 2012



Sunah-sunah dalam berpakaian :

01. Membaca Basmalah
02. Berdoa ketika memakai pakaian.
03. Memakai pakaian dari bahagian sebelah kanan.
04. Melepaskan pakaian atau celana dari sebelah kiri.

insyAllah kita Amal dan Sampaikan kepada yang lain (^_^)v..

Thursday, February 16, 2012



sunah dan faedah bersiwak :

01. Mendapat redha dari Allah.
02. Membersihkan mulut.
berdasarkan penelitian kesihatan modern tentang siwak, didapatkan bahawa sesungguhnya siwak mengandung banyak sekali materi yang bermanfaan bagi gigi dan gusi, antara lain :
01. Materi yang dapat membasmi kuman.
02. Materi yang dapat membersihkan gigi dan gusi
03. Materi yang dapat menjaga kebersihan gigi.
04. materi yang wangi dan dapat menghilangkan bau mulut yang tidak sedap.

insyAllah kita Amal dan Sampaikan kepada yang lain (^_^)v..

Wednesday, February 15, 2012



sunah dalam BERSIWAK :

Bersiwak adalah hal yang pertama yang dilakukan Rasulullah s.a.w ketika akan masuk rumah seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a dalam SAHIH MUSLIM. Oleh kerana itu, setiap Anda memasuki rumah maka mulailah dengan bersiwak, kerana hal itu termasuk mengikuti sunah. begtu juga ketika akanmembaca al-Quran, ketika bau mulut mulai berubah, bangun dari tidur, dan berwudhu' Rasulullah bersabda :

" Siwak itu membersihkan mulut dan diredahi oleh Allah."
(HR.Ahmad)


insyAllah kita Amal dan Sampaikan kepada yang lain (^_^)v..

Tuesday, February 14, 2012



Faedah mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dalam berwudhu' : 

Imam an-Nawawi r.a berkata :

" sesungguhnya darjat yang didapatkan oleh orang yang menyempurnakan wudhu'-Nya adalah, ia mampu berjuang membela dirinya dari kejahatan-kejahatan syaitan dan menghilangkannya dari dirinya, serta menjaga dirinya agar tidak diganggu oleh syaitan walau hanya sekejap mata pun. Dia selamat dari syaitan dengan perjuangannya ( untuk melakukan unnah-sunnah wudhu' ) dan ia mendapatkan kelapangan hati."

insyAllah kita Amal dan Sampaikan kepada yang lain (^_^)v..